Saturday 21 March 2015

Assalamulaikum wa sobahul khair ya sahabat semuanya... masihkah kalian disisni?? :)
Alhamdulillah aku masih dapat bertemu kalian lagi syukur kepada sang oencipta yang dirindui...Allahukhairunjaza'

ok semalam kita cerita pasal apa ya??
ingat lagi tak?
 Alhamdulillah semua masih ingat.. baiklah kita nak sambung semula cerita tu.. boleh ya?

Bismillahirahmannirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bilal menjawab dengan nada sedi:
"Cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah S.A.W. "
Terperanjat dan menangis Fatimah saat Bilal berkata demikian lalu berkata:
"Kenapa Aksyah mahu memukul Ayahku Rasulullah yang sedang sakit. Jika nak pukul, pukullah aku. aku ini anaknya."

Bilal menjawab:
"Sesungguhnya ini adalah antara urusan mereka berdua."
Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah. Setelah mengambil cemetidari tangan Bilal, Akasyah mara kehadapan menuju mimbar.

Tiba-tiba bangun Abu Bakar RA menghalang Akasyah sambil berkata:
" Wahai Akasyah! Jika kamu hendak pukul, pukullah aku. Aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya dikala suka dan duka. Jika engkau hendak pukul, maka pukullah aku."

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
" Duduklah wahai Abu Bakar! ini bukan urusan kamu tapi urusan antara Aku dan Akasyah."
akasyah mara ke hadapan lagi lalu bangn pula.

Umar Al khattab RA menghalang Akasyah seraya berkata:
" Akasyah!, jika engkau hendak memukuil Rasulullah S.A.W. pukullah aku. Dahulu aku ini tidak suka mendengar nama Muhammad. Bahkan aku pernah berniat untuk membunuh dan ingin menyakiti baginda. sekarang tidak aku benarkan sesiapa pon menyakiti Muhammad. Jika engkau mahu sakitinya. maka sakitilah aku dahulu."

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar!, ini adalah urusanku dengan Akasyah."
Akasyah mara ke hadapan lagi dan tiba-tiba dihalang pula oleh Ali bin Abi Talib RA sepupu Rasulullah juga menantu Baginda.

Ali mula berkata kepada Akasyah:
" Akasyah pukullah aku, Darah yang sama turut megalir pada tubuhku ini, jadi pukullah aku sama sahaja wahai Akasyah."
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W.:
Duduklah wahai Ali!, sessungguhnya ini adalah urusan ku dengan Akasyah."

Akasyah mara ke hadapan lagi dan tanpa disangka-sangka.bangunlah kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. Hasaan dan Hussin. Anak kecil itu meronta dan merayu kepada Akasyah,:
" Wahai Pakcik! pukullah kami wahai pakcik, kami ini cucu Rasulullah, datok kami sedang sakit. Jadi pukullah kami wahai pakcik. pukullah kami pakcik."
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata :
" Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu ini adalah urusanku dengan Akasyah."

Bila sampai ditangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata
" Bagaimana aku dapat memukulmu Ya Rasulullah, sedang engaku berada diatas mimbar dan aku berada dibawah. maka turunlah wahai Rasulullah untuk aku memukul engkau Ya Rasulullah."
lalu Baginda meminta beberapa orang sahabat untuk memapahnya kebawah lalu duduklah Baginda pada sebuah kerusi. akasyah berkata:
" Aku dalam keadaan tidak berbaju ketika engkau memukul ku dengan cemeti ya Rasulullah."

Tanpa berlengah, Rasulullah membuka baju. kelihatanlah tubuh baginda yang diikat dengan batu menandakan baginda sedang menahan kelaparan. lau Rasulullah berkata:
"Bersegerelah wahai Akasyah dan jangan belebihan. nanti Allah akan murka kepadamu."

Akasyah mula menghampiri Rasulullah dan mula menghayunkan tangan yang ada cemeti itu untuk dipukul ketubuh Rasulullah S.A.W. Rupa-rupanya hayunan cemeti tadi telah dilemparkan kearah lain oleh Akasyah lantas terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W seerat-eratnya sambil menangis dan berkata:
" Ya Rasulullah ampunkan aku ya RAsulullah. maafkan aku. mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja Aku berbuat demikian agar aku dapat mendekatkan tubuhku denagn tubuhmu. kerna sesungguhnya tubuhmu tidak akan dijilat api neraka sesungguhnya aku takut denagn siksa api neraka. Maafkan aku Ya Rasulullah."

Rasululalh S.A.W dalam keadaan hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semuanya, jika kamu mahu melihat ahli syurga. inilah orangnya menunjukkan tangan kearah Akasyah.
Semua sahabat yang berada disitu tidak dapat menghalang air mata mereka untuk mengalir. masing-masing menangis semahunya denagn kejadian itu lalu kesemuanya memeluk Rasulullah S.A.W.

________________________________________________________________

Allahu Rabbi. Keakraban inilah yang menyentuh hati ku :'( :'( :'(
dialah Rasul kekasih Allah yang baik hatinya...
Kita tidak dapat bertemu dengannya. namun kasihnya tetap untuk kita ... berselawatlah kita untuknya
Allahuma Solli ala Saiyidina Muhammad wa ala alihi wasobbihi wasallim...

________________________________________________________________

Cerita ini adalah perkongsian dari group wassap yang aku join.. maaf kiranya ada kesilapan dalam penulisan ini ..... dan jika pengolahan ayat sama.. maafkan aku.. aku ini hanya manusia lemah...
InshaAllah akan aku perbaiki lagi dikemudia hari.. bila kalam ini memanggil.

sekian
 Assalamulaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

wa illaliqa' :)



Akasyah Pemuda Syurga yang ingin memukul Rasulullah SAW

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat fillah sekalian .. Apa khabar semuanya.... maafkan daku kerana sudah lama tidaj mencoret .... bukan tidak sudi... cuma keaadaan yang sukar menjadikan laman ini sunyi tanpa berita

baiklah .. aku taknak berdrama lebih hhuhuhu... kali ini lamanku mahu berkongsi sedikit cerita...
aku ada join usrah dalam group wassap... banyak input alu dapat.. Allahu... betapa dosa yang banyak dalam diri aku.. Allah masih menjaga dan senantiasa mengingati ku dengan menghadirkan teman-teman yg senantiasa mengingatiku tentang-MU... Syukran ya Sahabat

ok-ok....

dah tengok topik kat atas???
kenal tak pemuda tersebut??
sipa dia?/
teganya mahu memukul Rasulullah
bagaiman bolem jadi pemuda syurga??
ada apa pada dirinya???

mesti banyak persoalan kan??

mehh sini.. kita nak kongsi cerita boleh??
boleh ye.... hehehe...

Bismillahirahmanirrahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

kisah ini berlaku kepada rasulullah S.A.W sebelum baginda wafat.
Rasulullah S.A.W telah jatuh sakit yang agak panjang masanya sehingga baginda S.A.W tidak dapat pergi ke Masjid untuk berjemaah dengan sahabat-sahabat baginda.

Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat baginda untuk membawanya ke masjid dan didukkan diatas mimbar. Baginda juga meminta Bilal bin Rabbah memanggil semua para sahabah untuk datang ke masjid. selang beberapa minit, penuhlah masjid itu dengan para sahabat setelah mendengar khabar Rasullullah dan kerana rindu yang teramat terhadap junjungan besar nabi S.A.W.

setelah semuanya ada, Rasulullah mula berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semuanya! aku ingin bertanya kepada kalian semua. Apakah telah  aku sampaikan kepada kalian semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T itu adalah tuhan yang layak disembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara yang penuh semangat,
"Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T itu adalah tuhan yang layak disembah".

Rasulullah S.A.W berkata:
"Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya telah aku sampaikan amanah ini kepada mereka".
kemudian baginda berkata lagi dan setiap bait patah perkataan yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W. akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabt berasa sedih dan terharu. Rasulullah S.A.W. berkata:
"Seseungguhnya aku akan pergi menghadap tuhanku dan tuhan kamudan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusanku dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua. Siapakah dalam kalangan kamu yang aku berhutang dengannya? sila bangun kerana aku tidak mahu bertemu tuhanku dan kamu dalam keadaan aku berhutang dengan manusia."

ketika itu semua sahabat dalam hati masing-masing berkata
"Mana ada Rasulullah berhutang dengan kami. Sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda.."
Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan yang sama sebanyak 3 kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. Akasyah mula berkata
"Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dahulu tenatang perkara ini andai ianya dikira hutang, maka aku ingin kau minta jelaskan. Andai ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa."

Rasulullah S.A.W. berkata
"Ceritakanlah wahai Akasyah."

Maka Akasyah pun mula bercerita:
" Aku masih ingat lagi ketika perang uhud dulu, Engkau sedang menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda, tetapi cemeti itu tidak kena pada belakang kuda yang engkau tunggangi sebaliknya pukulan itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggangi itu wahai Rasulullah."

Mendengar demikian, terus sahaja Rasulullah S.A.W berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hitang wahai Akasyah!. Jika dahulu aku memukulmu maka hari ini aku akan menerima hal yang sama."
Dengan suara yang tinggi, Akasyah berkata:
Jika begitu aku inginsegera melakukannya ya Rasulullah!"

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan  hal demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi akasyah.
"Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai akasyah! bukankah Baginda sedang uzur!"
Akasyah tidak menghiraukan semua itu.Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut dirumah puteri kesayangna Baginda, Fatimah az Zahra.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"..............


:'( :'(

sahabt seklain semuianya....
Terjawabkah persoalan fatimah tersebut?
Berjayakah Bilal membawa cemeti tersebut?
Sanggupkah Akasyah memukul Rasulullah S.A.W.
tentangan apakah yang akan diterima oleh Akasyah??

Sabar ya Sahabat-sahabat sekalian.... nanti kita sambung kisah duka ini...
moga dengan ini aku dapat bertemu dengan kalian lagi... kerna aklu sudah berjanji untuk bercerita.. dan kisah ini tergantung.. belom habis dehh.. ok salam ukhuwah semuanya

ketemu lgi ya
wa ilalliqa
Laila Saeda wa ahlam ladida
:)

Friday 10 October 2014

Assalamualaikum.

Sudah lama kalam ini sunyi tanpa madah bicara dari insan yang yang merindui cinta khaliknya...

bukan sengaja kulupa. mana mungkin ku lupa. Ya Allah... Berilah daku ruang dalam melestarikan impian hati ini, mungkin saat ini waktu tidak mengizinkan aku dalam bermadah bicara diruang idaman hati ini. Kiranya tiba saat aku melangkah pergi dari bumi ledang ini. mudahkan lah aku memberikan cerita pengalaman dalam ruangan ini. Aamiin. aamiin, Aamiin...


MUNAJAT HAMBA
Hidup umpama roda,
Setiap tingkah di landasan noda,
Pasti terdetik sedar dosa,
Cuma bezanya,
Melangkah  sesedar alpa atau
Kekal di kancah hina.

Aku takut andai aku
Jerlus di tanah kemaksiatan,
Aku takut andai aku
Lari dengan nafsu syaitan,
Aku takut andai aku
Ikut bicara hati yang keras.

Tuhan, aku sangat takut
Takut tidak kembali kepada jalan-Mu
Bantulah aku ke jalan-Mu
Selamatkanlah aku dari ‘syurga’ dunia
Lindungilah aku dari kejahatan sirat mahupun surat

Aku hamba-Mu yang Lemah lagi Hina
 Menunggu tiba dihitung-Mu……

Monday 4 August 2014

Luahan Jiwa di AidilFitri

Assalamualaikum WBT

Salam kembali buat semua sahabat-sahabat yang dirindui dan dikasihi. kiranya belum terlambat, ingin aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hargailah hari kemenangan ini selagi nyawa masih dikandung badan. :).

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirindui,

Macam mana sepanjang tempoh ramadan kalian yang telah lalu???.
Cukupkah kekuatan iman dan hati yang dapat kalian bina untuk mengharungi cabaran di bulan syawal dan bulan akan datang sehingga tiba kembali ramadan akan datang sekiranya panjang umur???. :)

Kalian fikirkanlah untuk diri kalian. cukuplah kata-kata ku ini sebagai peringatan untuk aku sendiri dan sahabat-sahabatku(kalian). Bukankah Allah sangat menyukai hamba-hamba-Nya yang suka berpesan-pesan dan saling mengingati antara sahabat handai, keluarga, saudara dan masyarakat. Jadi aku yang sangat merindui cinta-Nya akan selalu berpesan-pesan dan ingat-mengingati untuk diri aku dan kalian. Insha-ALLAH. Semoga kita senantiasa mendapat perlindungan-Nya. Aamiin. Insha-ALLAH.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian,

Sedang kita menikmati keindahan ramadan dan syawal, bermacam kejadian yang berlaku di luar kediaman(Malaysia) kita, Semua melibatkan saudara-saudara seagama kita yang tak berdosa..

Kisah pertama melibatkan serangan yang dilakukan oleh rejim zionis di Gaza, Palestin. Amat menyayat hati ini mengenangkan yang tubuh bergelimpangan di sana-sini adalah anak-anakatau adik-adik kecil lelaki dan perempuan, remaja-remaja palestin wanita mahupun para ibu dan mengalir air mata ini mengenangkan tubuh warga emas bergelimpangan. Masha-ALLAH, SubhanALLAH, ALLAHU-AKBAR. mengapa begini jadinya Ya-ALLAH. Apakah dosa mereka sehingga begini azab yang diterima. Sesungguhnya aku tiada daya untuk pergi berperang, ilmu yang berkaitan senjata belum mampu untuk aku pelajari lagi. Namun yang dapat aku lakukan adalah hantaran Doa dan Qunut Nazilah di setiap saat yang aku miliki agar ia sampai pada mereka di sana sebagai sumber kekuatan iman dan hati mereka untuk terus berjuang mempertahankan tanah air mereka sendiri. Jadi, sahabat-sahabatku sekalian: sekiaranya ada di antaranya kalian yang mampu untuk pergi ke Palestin, Pergilah kesana, bantulah mereka disana apa kiranya daya anda. sekiranya tidak, berdoalah untuk mereka sesungguhnya ia kiriman paling berharga dan senjata paling ampuh. Moga doa kita dan seluruh umat islam diserata dunia dapat menggegarkan tembok pertahanan rejim zionis/Israel dan menjadi benteng kekuatan saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Aamiin-Aamiin-Aamiin, Insha-ALLAH.

Kisah Kedua pula melibatkan pesawat Malasia, MAS MH17. Berita mengenai serangan tembakan ini telah menggemparkan jiwa seluruh rakyat Malaysia buat kali kedua. Apa tidaknya, kisah MH 370 yang belum tahu khabarannya, datang pula berita serangan tembakan MH 17. Masha-ALLAH. Apa yang terjadi sebenarnya. Hanya kerana design corak garisan biru pada bahagian bawah kapal yang menyerupai kapal musuh ukrain-rusia yang cuma berbeza kedudukan, MH17 ditembak???. aku sangat marah ketika mendengarkan berita ini. Mereka yang berada didalamnya tidak berdosa wahai orang diluar sana. mereka TAK BERDOSA. Ya-Allah tunjukkankanlah kami kebenaran yang nyata sesungguhnya Engkau senantiasa berada di pihak yang Benar. Bantulah kami YaAllah, Kami tiada daya dan kekuatan mealinkan Engkau yang memberikankannya pada kami YaAllah. Kiranya ada muslihat yang kami tidak tahu, maka kau tunjukkanlah pada kami, Kiranya ada Kegalauan hati mengenai kajadian ini maka Kau tenangkan hati kami Ya-Allah. Sesungguhnya Kau mengetahui segala sesuatu yang ada dilangit dan di bumi yang tidak kami ketahui. Aamiin-Aamiin-Aamiin. Insha-ALLAH

Wahai sahabat-sahabatku, Tahukah kalian???

Setiap daripada musuh kita telah mengetahui kelemahan seluruh umat Islam. Hal itu, telah memudahkan kita diserang dari luar dan dalam serta seranngan secara terang-terangan dan sembunyi oleh musuh yang sedang menyembunyikan senyuman sinis mereka untuk kita. ALLAHU-AKBAR.. Sejarah kegemilangan Islam telah menyaksikan yang Pemuda-pemuda dan pemudi-Pemudi Islam adalah tunggak keampuhan, bentengan dan pertahanan AGAMA ISLAM yang paling kuat sekali. Pemuda-Pemudi Islam adalah semangat Islam. Bila Pemuda Bangkit, Islam akan Menggegarkan Dunia. Namun, pabila Pemuda-Pemudi Islam itu Rebah, Islam akan menjadi bangunan yang retak menanti belah. Itu bukan Doa tapi hakikat kenyataan yang telah diketahui oleh musuh tradisi ISLAM, yang kini sedang asyik berpesta mandi darah muda-mudi di Palestin.

Kini, tanpa sedar Malaysia sedang diserang secara mental dan rohani. Kalau Di Palestin serangan secara fizikal, Kita rakyat Malaysia di serang secara mental. BerHATI-HATI lah wahai saudara-saudaraku serta sahabat-sahabat handai. Fikirkanlah setiap kejadian yang berlaku perkara yang melibatkan MALAYSIA.... Teliti sedalam-dalamnya dan kalian akan temui jawapan disebalik kejadian ini. Dan yang menakutkan hati aku dikala ini yang jawapan itu akan menjadi persoalan yang ngeri untuk difikirkan namun ITU tidak bermakna untuk aku berputus asa. Tidak sama sekali. Kiranya kalian sudah memahami maka berusahlah untuk diri kalian dan masyarakat di sekeliling kalian.

Selalu aku berdoa, Ya Allah, kau kuatkalah Imanku, Kuatkanlah Hati aku dan Kuatkanlah Semangatku.. Aamiin-Aamiin-Aamiin. Insha-ALLAH. Padaku ayat doa ini telah menyuntik seluruh jiwaku kerana AKU PERCAYA PADA ALLAH.

Jadi, apa yang patut kalian lakukan???

Jika aku, CUKUPLAH AKU BERPEGANG PADA KUASA PERCAYA. Tahukah kalian yang Kuasa Percaya itu sangat kuat sampingannya pada dalam diri seseorang yang PERCAYA. Segala tindakan diatas tangan kalian, kalian yang menentukan... :)


Insha-ALLAH, kita bertemu dilain kalam. Wassalam :)

Friday 11 July 2014

Saidatina Aisyah Humaira Radiallahuanhu

Assalamualaikum WBT buat Sahabat-sahabatku yang ku rindui. Semoga Kalian senantiasa di dalam perlindungan ALLAH SWT. :)

Pada malam rabu yang lepas bertarikh 9 julai 2014 masihi bersamaan 11 ramadan 1435 hijrah.. Aku ada melakukan usrah dengan junior-juniorku (SISWI ONLY) di Kolej tempatku menuntut ilmu (Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang)... Alhamdulillah Syukur ke hadrat ilahi segala urusan di permudahkan ALLAH. Tuhan yang kurindui. Maha Suci ALLAH. Usrah yang ku buat ini lebih difokuskan untuk junior-junior siswi semester 3 tapi tidak menjadi masalah bagiku sekiranya ada junior semester lain untuk join. Sangat di alu-alukan kehadiran kalian di majlis ilmu (Usrah/Bulatan Gembira).. :) Tidak kuduga yang malam itu ramai yang hadir dalam usrah itu Masha Allah.. Dari smester 1 hingga ke semester 5(rakan seperjuanganku) turut hadir malam tu.. Alhamdullillah..Malah, pelajar praktikal dan pelajar american degree(MADPP) yang turut menuntut di kolejku itu turut hadir... ALLAHU AKBAR.... Darah gemuruh mula mencurah dalam diriku... Inilah kali pertama aku menyampaikan usrah pada junior-juniorku kerana selama ini aku hanya ikuti dan join usrah atau bulatan gembira yang dilakukan oleh Naqibah-naqibah yang banyak ilmunya.. Diriku ini tidaklah cukup layak untuk menjadi naqibah dalam memimpin usrah itu, namun dengan semangat dan amanah dari pensyarah dan seniorku merangkap Sahabat Dunia Akhiratku yang kini sedang melakukan Latihan Industri di Hospital-hospital maka aku dan rakan seperjuanganku ini bertekad untuk meneruskan legasi ini. Dan yang paling utama, kekuatan ini datang dari ALLAH. kerana ALLAH menyukai orang yang mempelajari ilmu kemudian menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada orang lain dan Selagi mana kita tolong memartabatkan AGAMA ALLAH selagi itulah ALLAH akan bantu kita dalam setiap perkara yang dilakukan INSHA-ALLAH... Sebagai Hamba yang sangat merindui cinta Khaliq-Nya. Sedaya upaya akan ku sebarkan ilmu yang kumiliki walaupun senipis helaian rambut.

Baiklah.. Apa yang aku konsikan dalam usrah tu??..

Kisah salah seorang Bidadari Syurga yang sudah tentu dijanjikan Syurga oleh Penciptan-Nya.. Tragedi yang menimpa dirinya turut diceritakan di dalam Al-QURAN. ALLAH telah membela dirinya dari fitnah orang munafik dalam surah An-Nur ayat 11 hingga 26. Sudahkah Kalian dapat mengagak Siapakah Bidadari Syurga itu??

YA. Itulah dia Saidatina Aisyah Radiallahuanhu.

Siti Aisyah Binti Abu Bakar adalah salah seorang isteri Nabi Muhammad S.A.W. Ayahnya adalah sahabat terdekat Rasulullah S.A.W. Beliau digelar Aisyah Humaira kerana memiliki wajah putih kemerah-merahan. :) Sepanjang melayari bahtera perkahwinannya dengan Rasulullah S.A.W. Aisyah memiliki sifat cemburu. Aisyah sangat mencemburui isteri-isteri Rasulullah S.A.W. terutamanya terhadap Saidatina Khadijah R.A. Walaupun Saidatina Khadijah R.A sudah wafat, namun Rasulullah S.A.W. masih merindui dan sangat menyayanginya melebihi isteri lain menyebabkan Aisyah cemburu. Ada kisah yang menyebabkan Rasulullah S.A.W. pernah menegur sikap Aisyah R.A. dan Aisyah memohon maaf dan tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. Sikap Aisyah itu juga telah mencetuskan perang mulut antara isteri-isteri baginda menyebabkan Rasulullah S.A.W. bersumpah tidak akan menedekati isteri-isterinya selama 30 hari. Hal ini telah menggemparkan kaum muslimin yang menyangka Rasulullah S.A.W. telah menceraikan isteri-isterinya. Saidina Umar datang meredakan suasana dan bertemu Rasulullah S.A.W. bertanyakan hal sebenar. Rasulullah menceritakan hal sebenar kepada sahabatnya merangkap ayah mentuanya, Saidina Umar Al-Khatab R.A. Rasulullah memberikan kata dua kepada isteri-isterinya samada memilih untuk terus bersama Rasulullah S.A.W. atau berpisah. kesemua isteri Rasulullah S.A.W. memohon maaf dan memilih untuk tetap terus bersama Rasulullah S.A.W. Selepas kejadian itu, Saidatina Aisyah R.A kembali dilanda musibah yang telah menyebakan maruah dirinya tercemar akibat tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh orang munafik. Kisahnya bermula apabila rombongan kaum muslimin berhenti sebentar di sesuatu kawasan selepas memenangi peperangan dengan bani mushtaliq, Aisyah R.A telah keluar kerana ada urusan dan ingin kembali tetapi kehilangan kalungnya menyebabkan Aisyah pergi mencarinya semula. Rombongan kaum muslimim telah berangkat dan menyangka yang Aisyah R.A. telah berada dalam sekudupnya. Aisyah R.A kembali tetapi kawasan tersebut telah kosong. Aisyah tertidur disitu. Salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu Safwan bin Al Mu'attal As sulami yang turut tertinggal dari rombongan kaum muslimin itu terlihat Aisyah terbaring. Safwan telah membantu Aisyah, Aisyah naik ke atas unta yang dituntun oleh Safwan. Mereka berjalan hingga tiba di Madinah. Orang awam yang melihat telah membuat bermacam andaian. Aisyah telah menceritakan perkara sebenar kepada Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah percaya kepada isterinya namun begitu seorang kaum munafik bernama Abdullah bin Ubay bin Salul telah menyebarkan fitnah kepada seluruh kaum muslimin hingga sampai kepada pengetahuan Rasulullah. Tuduhan Fitnah itu telah menggegarkan rumah tangganya dengan Rasulullah S.A.W. dan menyebabkan dirinya mengalami kemurungan dan kesedihan yang berpanjangan. Rasulullah S.A.W. datang kerumah ayah mentuanya merangkap sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi memujuk dan meminta Aisyah bertaubat sekiranya melakukan dosa. Hati Aisyah R.A. bertambah sedih dan dia bersumpah yang bersih dari segala tuduhan palsu itu. Tuduhan palsu ini telah menggemparkan kaum muslimin. Akhirnya, Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dengan turunnya wahyu itu, maka bersihlah diri Aisyah R.A dari tuduhan Fitnah yang benar-benar dusta itu. Rumah tangganya dengan Rasulullah kembali aman dan tenteram.

Kisah Aisyah Humaira ini turut dimuatkan menjadi lagu nasyid nyanyian kumpulan UNIC. :)

WAJAH BERSERI PIPI KEMERAHAN
ENGKAU DIGELAR AISYA HUMAIRA
NAMUN BUKAN INGIN KU BICARAKAN
HINGGA DIRIMU JADI SANJUNGAN
TETAPI MERAHNYA DARAH PERJUANGAN
PENIUP SEMANGAT SUAMI

KHABAR AL-IFQI SATU TITIK PERMULA
TELAH MENCALAR KEBAHAGIAAN
FITNAH MUNAFIQUN TAK KENAL SESIAPA
INSAN YANG MULIA ATAU SAHAJA
HARTA DIRIMU UMMAHATUL MUKMININ
YANG SETANDING AL-MUKATSIRIN

USAH DITANYAKAN MENGAPA
LEWATNYA TURUN WAHYU ITU
BAGI MEMBUKTIKAN KEPALSUAN
TUDUHAN SEORANG PENDUSTA

TETAPI LIHATLAH HIKMAHNYA
DI SEBALIK TIAP KEJADIAN YANG TELAH BERLAKU
TUHAN TIDAK AKAN PERNAH MEMPERSIA-SIA
KETABAHAN SEORANG INSAN
DALAM MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN
YANG PENUH MEHNAH UJIAN

TAK KAN TERHIDU HARUM MEWANGI
JIKA TIDAK DINYALAKAN SETANGGI
TAK KAN TERASA MANISNYA
ANDAI TAK DILAMBUNG GELORA

ENGKAU ISTERI SEJATI
YANG MEMBANTU NABI
SAAT HUJUNG NYAWA KAN PERGI
SUNGGUH BERUNTUNGNYA DIKAU
PUNYAI SUAMI YANG AMAT
MENGASIHI UMATNYA
DIA INSAN YANG MULIA
KAU SEMADIKANNYA DI RUANG KAMARMU.....

Wallahualam...


Friday 4 July 2014

Ramadan Kembali Tiba

Assalamualikum WBT...

Selamat menyambut bulan ramadan buat semua keluarga terdekat, sahabat handai, guru-guru, pensyarah-pensyarah, senior-senoir, junior-junior, rakan perjuangan, saudara semuslim seluruh dunia ini yang menyambut ramadan... Semoga di bulan yang mulia ini, Segala amalan kita diterima Allah dan pahala yang diperoleh berlipat kali ganda dari sebelum ini. Ini adalah kredit untuk kita bagi memenuhi buku amalan kita yang baru ditukar pada hari nisfu sya'ban yang sudah. Aamiin InshaAllah...

Jadi apa yang ingin saya kongsikan dalam ruangan pada kali ini?? :)

Mohon seribu kemaafaan kerana ruangan kali ini bukanlah mengenai bulan yang mulia ini. Sebagai seorang hamba yang lemah, daku tidak memiliki idea yang bernas lagi untuk ku isi ruangan kali ini dengan perkara-perkara berkaitan ramadan... Moga di lain ruangan nanti Allah mengizinkan aku untuk melunaskan idea-idea agar dapat diterjemahkan di layar minda supaya mata pena gasak melakar tintanya untuk tatapan sahabat-sahabatku sekalian didalam ruangan ini.

kembali kepada perkara yang ingin saya konsikan dalam ruangan kali ini; Dan sebelum itu aku memohon kemaafan sekiranya segala apa yang ku tulis ini terdapat kesalahan atau kekhilafan pada setiap bait ini. kekurangan itu adalah pada diriku.

Wahyu ataupun surah pertama yang diturunkan oleh  Allah kepada Penghulu Nabi kita Rasulullah S.A.W adalah surah Al-'Alaq. Firman Allah "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan". Berdasarkan ayat 1 surah Al-'Alaq ini, Allah telah berkata kepada Muhammad, bacalah. bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ayat ini bukanlah untuk Muhammad S.A.W sahaja tetapi adalah untuk semua hamba-Nya yang beriman. Jadi apakah makna disebalik ayat ini?... Apa yang aku cuba sampaikan ini bukanlah tafsiran ayat ini. Tetapi cukuplah sekadar perkaitannya dengan salah satu ibadah yang harus kita lakukan iaitu menuntut ilmu... 

Bila kita bicarakan sesuatu hal yang berkaitan dengan ilmu. apa yang kalian terfikirkan.?????

apa yang kalian fikirkan itu adalah hak dan pendapat kalian... Mahu dengarkan pendapaku.. hehe...

Dalam setiap perjalanan hidup kita, kita dikelilingi dengan ilmu pengetahuan. Murid/Pelajar/Mahasiswa/ Mahasiswi pastinya akan menunutut ilmu di pelbagai sekolah/IPTA/IPTS/kolej. Para Guru dan pensyarah juga sebenarnya sedang menuntut ilmu dengan cara menyampaikan dan mengajarkan ilmu kepada pelajar-pelajar mereka. Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkerjaya?. Tanpa sedar mereka juga sedang menuntut ilmu bagi memajukan perniagaan mereka atau memajukan peranan diri dalam pembagunan syarikat... Lihat diri kita sebelum menumpuh alam remaja/dewasa/tua. semua kita ini sedang menuntut ilmu tetapi secara bukan lisan. itu juga ilmu. Lihat pula jika kita sedang menuju umur senja. kita juga sedang menuntut ilmu. Hingga dialam kubur nanti juga kita masih menuntu ilmu, dengan hanya 3 soalan mampukah kita menjawabnya dengan lancar tanpa gagap??? Ya itulah ilmu. Di ringkaskan: ini perjalanan hidup kita >


Sedari Alam Roh hinggalah Alam Barzakh kita sedang dan masih menuntut ilmu. Mengapa???

Ilmu adalah tunjang perjalanan hidup kita. Manusia akan menjadi miskin,hina,mudah ditipu, mudah ditawan, mudah diserang, mudah diperkotak-katikkan dan bermacam lagi sekiranya tidak menuntut ilmu. Segala ilmu yang membawa kepada kebaikan untuk kita dan mengikut syariat Islam maka ambillah ilmu itu, belajarlah ilmu itu, fahamilah ilmu itu dan amalkanlah ilmu itu. Ilmu itu tidak akan merugikan diri aku mahupun kalian. malah ia amat menguntungkan, Segala ilmu yang memudaratkan hidup kita dan melanggar syariat Islam maka hindarkanlah dari diri aku dan diri kalian sesungguhnya ia akan menjauhkan diri kita dari landasan yang benar. Wallahualam....


Sunday 22 June 2014

Salam Kembali Perindu Cinta ALLAH

AssalamualikumWarahmatullahiwabarakatuh...

Buat Sahabat-sahabat yang masih bercuti, selamat bercuti untuk anda.
Buat Sahabat-sahabat yang sudah bermula pembelajaran, selamat kembali meneruskan perjuangan.
Buat Sahabat-sahabat yang pergi bekerja, selamat bekerja dan jadikan ianya ibadah.
Buat Sahabat-sahabat yang Bermusafir, Selamat maju jaya serta tawakal lah kepada Allah.
Buat Sahabat-sahabat yang sedang menyiapkan apa jua kerja yang dilakukan, selamat berusaha.
Buat Sahabat-sahabat yang jauh diperantauan, Selamat bejuang, kenangku dalam doamu.

Buat Semua Sahabat tidak kira apa yang kalian dilakukan, dimana keberadaan kalian, bagaimana keadaan kalian, siapa pun kalian, bila kepulangan kalian, kenapa kalian begitu begini.

Semoga Allah Sentiasa berada disisi kalian. Agar nantinya hidup kalian dirahmati dan dilindungi Allah. InshaAllah.. :)

Perkongsian kali ini adalah sekadar luahan rasa hati hamba yang sedang berkocak jiwanya. Cukuplah kegalauan rasa hati ini diadukan kepada Sang Pencipta dan biarlah hanya Allah yang mendengarnya.

Namun disebalik kegalauan hati ini ada cerita yang ingin dirungkai kepada sahabat-sahabat agar dijadikan pengajaran dan tidak sekali berputus asa dengan setiap ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Kuatkanlah diri kalian.

Sebagai seorang pelajar, itu adalah salah satu tanggungjawab yang harus diri ini dan sahabat-sahabat pikulkan. ia adalah amanah yang Allah berikan untuk kita supaya ilmu Allah dapat dipelajari bagi mencapai kebahagian dunia dan akhirat.

Namun, sepanjang tempoh pembelajaran itu seorang pelajar tidak akan lari dari dua perkara ini.
GAGAL DAN BERJAYA

Semua orang inginkan kejayaan dalam akademiknya, dan tidak ada siapa yang mahukan kegagalan dalam akademiknya.

1. Bagi yang benar-banar inginkan kejayaan, mereka sentiasa melakukan yang terbaik agar dihujungnnya nanti mendapat pulangan yang didambakan hati.

2. Bagi yang masih lena dibuai khayalan, mereka sekadar lakar mimpi yang tidak pasti menjadi realiti.

Dalam kedua-dua ciri pelajar itu tedapat banyak jenis sifat didalamnya. Tidak mampu untuk daku takrifkan bagaimana keadaannya jenis itu.

Kerana jenis sifat itu adalah bergantung pada diri kita. Kita yang menentukan kita adalah jenis yang bagaimana.

Pernyataan No. 1 adalah yang terbaik dan positif bagi seorang pelajar, Namun ia akan menjadi negatif sekiranya kaedah disalahgunakan.

Pernyataan No.2 adalah yang tidak baik dan negatif bagi seorang pelajar, Namun ia akan menjadi positif sekiranya kaedah disalahgunakan.

Jadi ia bergantung pada kita. :)

Bagi diriku ini. Cara pembelajaran aku bermula dari Pernyataan No.2. Lewat untuk aku menyedarkan diri ini. Sehingga lepas SPM, barulah aku menemui titik permulaanya sehingga mencapai kejayaan. Syukur kepada Allah. Segala liku-liku dan duri dugaan sebelum menemui cahaya kejayaaan adalah ujian yang ditempuhi dengan bermacam cabaran. Ada ketika aku berputus asa, lemah, malas dan bermacam ragam dan karenah diri ini. Untuk aku kongsikan kepada kalian pada saat ini, aku tidak mampu untuk bercerita. InshaAllah ada rezeki aku akan khabarkannya. Semoga Allah izinkanya

Wahai Sahabatku, kini aku diuji lagi setelah melalui tempoh sinar kejayaan. Allah sedang uji aku yang meletakkan aku diposisi kegagalan. Namun pengalaman mematangkan kita, Ya ada sedikit kecewa dan sedih namun itu tidak menjadikan aku lemah dan berputus asa. Pengajaran dari kisah lalu aku itu ku jadikan iktibar dan kini sedang ku usaha untuk bangkit kembali seperti mana aku bangkit pada saat itu.

Keyakinan yang tinggi kepada Allah ini ku jadikan medan perjuangan. INSHAALLAH.

Semoga aku dan kalian sentiasa mendapat pertolongan Allah. Aamiin.

:) Keep smiling and positive when you in a problem, Because Allah love it :)

Wassalamualikum.